KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 – Pasukan Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang telah mencatat kejayaan gemilang apabila memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Poster CONSAL Boulevard sempena The 19th Congress of Southeast Asian Librarians (CONSAL XIX) yang berlangsung dari 16 hingga 19 Jun 2025 di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Poster bertajuk "City Nature Challenge 2025 – Pahang, Malaysia: Strengthening Library Partnerships for Citizen Science" telah berjaya menarik perhatian para peserta dan juri, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00.
Pasukan pembentang terdiri daripada:
-
Puan Muniratul Husna Mohamad Zaki (Pembentang)
-
Puan Nurfarawahidah Badruesham
-
Puan Rosnita Ja’afar
-
Puan Noor Azliza Aziz
-
Puan Umi Nadia Jalaludin@Kamarudin
-
Puan Nor Lailatul Wahidah Musa
-
Encik Shamsudin Ismail
-
Puan Norhidayah Salleh
-
Encik Norizan Abdullah
-
Encik Mohd Hazairi Ariffin
-
Puan Nur Izzah Sakina Ahmad Sazali
Kejayaan ini menonjolkan komitmen perpustakaan dalam memajukan ilmu Citizen Science melalui kerjasama kukuh serta jaringan serantau yang berdaya saing.
Selain itu, warga perpustakaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan, yang telah membentangkan dua kertas kerja penting sepanjang persidangan tersebut:
-
"Libraries Empowering SDGs through Citizen Science: Insights from the Borneo Adventures Program"
-
"Bridging Knowledge: The Evolving Role of Academic Libraries in Citizen Science"
Pembentangan tersebut menekankan peranan signifikan pustakawan dalam mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui inisiatif ilmu pengetahuan dan penglibatan aktif komuniti.
Kejayaan yang diraih ini bukan sahaja membanggakan Perpustakaan Al-Bukhari dan UiTM Cawangan Pahang, malah memberi inspirasi kepada seluruh komuniti akademik dan pustakawan di Malaysia untuk terus berusaha memartabatkan kepustakawanan demi pembangunan ilmu yang lestari.