Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Penanda Aras daripada Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor ke Bahagian Arkib Universiti

Shah Alam, 18 Jun 2025 – Bahagian Arkib Universiti telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor pada hari Rabu, 18 Jun 2025. Lawatan tersebut berlangsung di Bahagian Arkib Universiti dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan telah disambut mesra oleh Pengarah Bahagian Arkib Universiti, Encik Ahmad Amiri Mohamad.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan sistem Document Management System (DDMS 2.0) yang digunakan dalam pengurusan dan penyimpanan rekod rasmi universiti. Melalui sesi ini, kedua-dua pihak telah berpeluang bertukar pandangan dan pengalaman, di samping memperkukuh kefahaman terhadap pematuhan dasar rekod universiti.

Perbincangan yang berlangsung juga telah membuka ruang kepada pembinaan jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dalam usaha mendokong agenda tadbir urus digital UiTM secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Bahagian Arkib Universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor atas kesudian menjadikan bahagian ini sebagai destinasi rujukan dalam usaha memperkasakan pengurusan rekod dan dokumentasi secara digital.

Kredit gambar: Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.