Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Perbincangan Program Telaah Ilmu : Bengkel Ilmu Bestari Di Sekolah Menengah Taman Nusa Damai

Pasir Gudang, 18 Jun – Telah berlangsung satu sesi perbincangan bersama Pengetua, SMK Nusa Damai, Pasir Gudang pada 18 Jun 2025. Perbincangan yang bermula pada jam 12.00 tengah hari ini bertujuan membincangkan gerak kerja program pembudayaan ilmu dan literasi sekolah yang akan dijalankan pada 24 Jun 2025.
 
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Puan Afzam dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang. Semua pihak yang terlibat sepakat untuk memastikan program yang dirancang selari dengan objektif pendidikan serta keperluan sekolah-sekolah di Johor.
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.