Pada 6 Mac 2024, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah mengadakan bengkel “One-Day Workshop: Use Writing Tools Correctly!” di Smart Classroom, Kampus Bertam.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti penggunaan template tesis universiti, metodologi dan strategi pencarian sistematik, serta penggunaan alat penyelidikan akademik Mendeley dan EndNote.
Bengkel ini telah mendapat sambutan yang positif daripada 17 peserta yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik, dan pelajar.