Bengkel Bacaan Pantas bersama Pengawas Pusat Sumber SK Kompleks Seberang Takir

29 Julai 2024, Isnin – Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu telah menganjurkan Bengkel Asas Bacaan Pantas bersama Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu, bersempena dengan jelajah Program Literasi Maklumat di sekolah sekitar negeri Terengganu tahun ini. Bengkel ini yang dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Instruktor, dengan penyertaan seramai 45 orang Pengawas PSS dan 3 orang guru pengiring. Peserta diberi pendedahan tentang teknik membaca pantas menerusi taklimat dan beberapa latihan bacaan. Ianya merupakan nilai tambah kepada pengetahuan Pengawas PSS untuk lebih berkemahiran dan celik maklumat.

Semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua peserta.

Disediakan oleh: Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *