Bengkel Pembangunan Modul Bacaan Pantas (Speed Reading)
Tarikh: 17-18 Jun 2019
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar , PTAR 1 , UiTM Shah Alam
Peserta: Ahli Jawatankuasa Speed Reading Perpustakaan UiTM
Membaca adalah suatu kemahiran yang diperlukan oleh setiap manusia kerana inilah kunci kepada semua dasar ilmu pengetahuan. Membaca dengan kelajuan yang cepat membolehkan seseorang menambahkan pengetahuan secara berganda meskipun masa bacaan yang diambil sama seperti biasa.
Bacaan pantas merupakan teknik bacaan yang mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan melalui latihan yang sistematik. Bengkel ini diharapkan dapat membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.
Antara Objektif bengkel adalah:
a) Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran modul speed reading
b) Membina pasukan pakar di kalangan kakitangan perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.
c) Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
#SpeedReading #uitmmembaca #malaysiamembaca #libraryuitm #uitmlibrary
Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm