Telah berlangsung satu program forum ilmiah yang bertajuk “SINERGI PERKHIDMATAN : Keberkesanan Interaksi Tetamu dan Kakitangan (SKIT 2024)” yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar BA2424E bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.
Program yang dihadiri oleh 50 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perniagaan(Kewangan) ini dijayakan bersama perkongsian daripada ALUMNI UiTM iaitu Pengarah Urusan Grand Swiss-Bellhotel Melaka, Dato’ Rosthman bin Ibrahim dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, En Akmal Adnan. Forum ini merupakan forum pembudayaan ilmu dan galakan membaca di kalangan mahasiswa. Selain daripada pendedahan maklumat melalui forum pameran turut di adakan bagi membantu mahasiswa memperolehi maklumat yang berkaitan.
Selain memenuhi keperluan kerja kursus HTH558-Professional Etiquette for Hoteliers, peserta juga berpeluang mempraktikkan kemahiran dalam pengurusan acara, komunikasi yang berkesan dan kemahiran berinteraksi dengan pihak luar.
Cabaran utama graduan untuk menceburi bidang perhotelan adalah pembinaan jati diri, minat, kebolehan berinteraksi ilmu selaras dengan perkembangan dunia digital, kreativiti dan berdaya saing bagi persediaan untuk berkhidmat di dalam industri perhotelan sebagai kerjaya kelak.
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka