RESENSI BUKU BERSAMA ‘TEAM BPP’

PTAR Puncak Alam telah mengadakan Program Resensi Buku Bersama ‘Team BPP’. Program ini diadakan bersekali dengan kempen Jom Pinjam Buku : 1 Staf 1 Buku Sebulan pada 14 Mei 2024 di Bilik Sage, PTAR Kampus Puncak Alam.

Objektif program adalah :

  • Meningkatkan kesedaran dan kepentingan membaca di kalangan staf perpustakaan.
  • Memupuk amalan cintai ilmu dan melahirkan generasi yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
  • Berkongsi maklumat dan bahan bacaan dengan peserta lain mengenai buku yang dibaca.
  • Menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu.
  • Meningkatkan tahap pembacaan warga UiTM khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Program resensi buku ini adalah siri kedua yang diadakan bersama staf perpustakaan Kampus Puncak Alam. Seramai 6 orang staf Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan telah membuat ulasan buku bacaan masing-masing.

  1. Encik Muhammad Irfan Shaddin resensi buku Rich Dad, Poor Dad karya Robert T. Kiyosaki.
  2. Puan Noraini Ahamat Kamil resensi buku Bijak parenting karya Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
  3. Puan Nur Fatihah Muhamad resensi buku Berbual dengan anak tentang seksualiti karya Wan Nur Syakira.
  4. Encik Firdaus Abdul Rahim resensi buku Menangani anak biadab karya Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Noor Aishah Husain.
  5. Puan Rahimah Kamardin resensi buku Cakar ayam doktor karya Fahd Razy, Kamarul Ariffin, Onn Azli, Sharif Ahmad dan Jazlina Syahrul.
  6. Puan Fatimah Harith resensi buku Penawar hati : 40 hadis susunan Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *