Program Participant Development Program (PDP) 2024 yang telah dijalankan pada:
Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Masa: 8 pagi – 5 petang
Tempat: PTAR KBM Aras 12
Peserta: Pelajar yang mengikuti kursus HRM453 (Workforce Management)
Program PDP ini adalah program wajib di bawah kursus HRM453 dan kehadiran pelajar akan membawa 10% markah kepada markah keseluruhan. Seramai 130 orang telah menyertai kursus ini dan telah dijalankan dengan kerjasama daripada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Bandaraya Melaka dan bertempat di Aras 12. Objektif program ini ialah:-
- Membantu pelajar mengenali satu sama lain, mewujudkan semangat dan membiasakan diri dengan aspek utama program, kursus atau organisasi.
- Memupuk amalan nilai-nilai persefahaman, melahirkan sifat empati dan harmoni dikalangan pelajar, menggalakkan individu dari pelbagai latar belakang, budaya dan perspektif boleh bersatu dan menghormati satu sama lain walaupun ada perbezaan dan bekerja secara kolaboratif.
- Melahirkan dan menjadikan amalan kerjasama dan memberi sokongan di kalangan pelajar dan menitikberatkan nilai-nilai aspek kebersamaan, bantu membantu antara satu sama lain secara kolektif untuk penambahbaikan kendiri dan komuniti pendidikan setempat.
Diharapkan agar program ini dapat memberi pendedahan dan input baru yang diperlukan oleh para pelajar kursus HRM453 dan seterusnya dapat membentuk jadi diri sebagai mahasiswa/i di sepanjang tempoh pengajian semasa berada UiTM Kampus Bandaraya Melaka.