Reruai ‘Little Free Library/ LFL’ di Majlis Pelancaran Kempen ADAB (Akhlak Diri Anak Bangsa) dan Pelancaran Pasar Buku 2024
Tarikh : 19 April 2024 | Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi : Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
PTAR UiTM Cawangan Melaka berbesar hati menerima kunjungan dari YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM ke reruai Little Free Library (LFL). Ia telah ditubuhkan sejak dari tahun 2016 dan kekal aktif hingga kini. Setelah 8 tahun LFL beroperasi secara konsisten UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Seramai 520 orang yang telah berkunjung ke reruai LFL pada hari berkenaan. Reruai ini juga telah menyediakan 34 buah buku-buku dari pelbagai kategori secara percuma untuk pengunjung. Ia berkonsepkan wakaf dan sedekah. Wakaf adalah dengan membina tempat untuk menempatkan bahan bacaan manakala konsep sedekah adalah terdiri dari sumbangan bahan bacaan terpakai yang diterima dari orang ramai terutamanya dari warga kampus.
Misi Little Free Library (LFL):-
- Untuk mempromosikan literasi dan menggalakkan tabiat suka membaca dengan membina sebuah kotak kecil yang menempatkan bahan bacaan dan boleh dikongsi secara meluas dengan sesiapa sahaja.
- Untuk membina jaringan hubungan baik antara komuniti dengan perkongsian kepakaran dan sebagai wadah perkongsian ilmu, kreativiti, kepercayaan dan percambahan minda merentasi lapisan generasi.
Konsep ‘Little Free Library’ adalah seperti berikut:-
#Take a book – ambil sebuah buku
#Leave a book – tinggalkan sebuah buku (sumbangan)
#No due dates – tiada tarikh pulang
#No late fees – tiada denda lewat pemulangan
#No library cards required – tiada kad keahlian perpustakaan diperlukan
#The doors are open every day of the week, ‘twenty-four hours a day’ – dibuka setiap hari seminggu dan 24 jam sehari.
Sebanyak 2912 buku-buku yang diambil dan dimanfaatkan oleh pembaca sejak dari 2016 sehingga kini. secara tidak langsung masyarakat di sekitar Jalan Hang Tuah sentiasa mempunyai bahan bacaan yang boleh diperolehi secara percuma.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga usaha ini diberkati dan beroleh pahala yang berpanjangan.