24 April 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama telah menganjurkan Mobile Library edisi 1/2024 bertempat di Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bersama-sama dengan Pelajar Latihan Industri Cik Mashitah Syed Zainal untuk memberikan pendedahan tentang bagaimana Mobile Library itu dilaksanakan dari awal hingga ke akhir.
Mobile Library diadakan berdekatan dengan Fakulti Sains Gunaan dan berhampiran dengan surau lelaki menjadikan “hot-spot” untuk memberikan kesedaran bagi pihak perpustakaan menyampaikan tentang kemudahan dan juga perkhidmatan yang disediakan, selain dari boleh mendapatkan buku-buku yang ada dipinjam terus di sini.
Selain itu, pihak PTAR juga telah menyediakan โVirtual Reality Headsetโ bagi warga universiti yang melalui di hadapan Mobile Library untuk mendapatkan pengalaman menggunakannya secara percuma. Ini juga salah satu tarikan yang di letakkan di Mobile Library untuk mempromosikan kemudahan yang ada di PTAR UiTM Shah Alam. Ini juga dapat membuka mata kepada warga universiti terutamanya para pelajar bahawa di PTAR UiTM Shah Alam bukan lah hanya tempat di mana pelajar boleh meminjam buku tetapi ia juga menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh di manafaatkan oleh para pelajar tanpa perlu membuat pembayaran.
Pihak PTAR juga telah membuat satu sudut di mana warga universiti boleh membuat ulasan buku tentang buku yang mereka ingin berkongsi. Ini juga merupakan satu inisiatif yang pihak PTAR lakukan untuk menyemarakkan lagi semangat membaca di kalangan warga universiti.