Program “Challenge Skills Community and Let’s Read” berimpak tinggi, dekati komuniti

PALAPES, UiTMCM Isnin | 6 Mei 2019

JASIN – Persatuan Pasukan Pegawai Latihan Simpanan (Palapes) UiTMCM Kampus Jasin dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan program “Challenge Skills Community and Let’s Read” bertempat di Tapak Lama Kincir Angin, Bandar Hilir baru-baru ini.

Program outreach ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka.Gambar kenangan bersama Team Jasin.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Fear Factor Game, Basic Survival Skill Technique, Jom Baca, dan Jom Waqaf Buku, permainan rakyat seperti congkak, teng teng dan cahptay,

Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini turut meluangkan masa dan mencuba beberapa aktiviti yang dianjurkan.Program outreach yang lebih dekat dengan komuniti.

Menurut beliau, program ini sangat berimpak tinggi kerana dapat melatih para mahasiswa untuk lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi dengan pelancong.Pelajar lebih berkeyakinan berkomunikasi dengan pelancong.

“Program outreach ini lebih dekat dengan komuniti khususnya para pelancong,” katanya.

Ketampakan UiTMCM dalam penglibatan bersama komuniti juga dapat dipertingkatkan melalui program ini.Ahli jawatankuasa program.

Program outreach ini juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelancong pelbagai negara antaranya, China, Bangladesh, Indonesia, Australia, Sweden, United Kingdom dan pelbagai lagi negara lain.

Sumber :
https://kampusuols.com/article/428825/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Program-Challenge-Skills-Community-and-Lets-Read-berimpak-tinggi-dekati-komuniti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *