Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menjalankan ‘library outreach’ dan kelas penyelidikan bersama pelajar bagi kod kursus Administration of Archives (IMR455) dan Foundation of Archives (IMD313) selama empat hari (14,16,17 & 18 Januari 2024). Turut hadir bersama Puan Fatin Nur Zulkipli, Pensyarah bagi kesemua kelas tersebut.
- 14 Januari 2024 (Ahad) – kelas D1IM1105A (9 pagi hingga 11 pagi), D1IM2453A (2 petang hingga 3.30 petang) & D1IM2453B (3.30 petang hingga 5 petang)
- 16 Januari 2024 (Selasa) – kelas D1IM1105B (12:00 Tengah Hari – 1:30 Petang)
- 17 Januari 2024 (Rabu) – kelas D1IM1105D (9:00 Pagi – 11:00 Pagi)
- 18 Januari 2024 (Khamis) – kelas D1IM1105C (11:30 Pagi – 1:00 Petang)
Taklimat pengenalan unit arkib telah dilakukan bertempat di Bilik IT dan disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan & staf-staf (pembantu pustakawan kanan) unit arkib PTA iaitu Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor, Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly & Puan Syamsilawati Dahari.
Selesai sesi taklimat, para pelajar dibawa ke unit arkib termasuk ke stor penyimpanan rekod untuk lawatan dan melihat sendiri bagaimana fail-fail dan rekod disimpan, proses pendigitalan bahan arkib, proses pelupusan, kerja-kerja penjilidan dan lain-lain.
Semoga melalui ‘library outreach’ ini, para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka akan situasi sebenar proses kerja bagi pengurusan rekod di organisasi khususnya di unit arkib PTA.