ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 18 April 2019
SHAH ALAM – Menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi peluang kepada mahasiswa melontarkan idea secara terbuka dan intelektual, mendorong Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2018/2019 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menganjurkan Speaker’s Corner.
Program yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMShah Alam ini merupakan salah satu inisiatif dari program Read@Uniyang disarankan oleh KPM kepada setiap kampus dalam usaha membuat perkongsian ilmu dengan berhujah dan memberikan pandangan serta kemukakan solusi yang terbaik.
Penganjuran Speaker’s Corner buat kali kedua ini turut mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa (PTAR) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti UiTM Shah Alam.
Menurut pengarah programnya, Muhamad Rithaudin Rosman, yang juga Exco Akademik dan Kerjaya, Speaker’s Corner diadakan sebagai platform buat mahasiswa menyerlahkan kebolehan dalam pengucapan awam, mengungkap buah fikiran dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan.
“Dengan adanya program Speaker’s Corner, ia dapat mengasah bakat kemahiran softskills mahasiswa melalui pengucapan awam.Rithauddin ketika ditemuramah oleh media.
“Seperti mana yang kita lihat, barisan peserta yang berucap terdiri daripada pelbagai latar fakulti. Ada dari Fakulti Pengajian Islam, Undang-undang dan Kejuruteraan. Walaupun ada yang gugup, tapi mereka berani untuk ke hadapan dan bersuara mengenai apa sahaja yang terbuku dihati mereka selagi mana ia tidak menyentuh sensitiviti,” katanya kepada Wartawan Kampus Uols selepas tamat program Speaker’s Corner@PTAR di UiTM Shah Alam semalam.Barisan pengurusan MPP bergambar bersama para peserta Speaker’s Corner.
Bertemakan ‘Apa anda ingin ubah?’ Speaker’s Corner kali ini turut menampilkan 6 peserta iaitu Khairina Abdul Malik yang membawa hujah bertajuk Reformation on Malaysia Education System, Muhammad Mohd Shah, dengan tajuknya Pemikiran ke Arah Kepimpinan yang Matang, Nur Ezzaty Mohd Ibrahim, Ubah Tentang Diri Anda, Siti Norsyafiqah Jalaluddin, Atasi Gugup Pentas Ubah Masa Depan, Nurfadlina Mohd Lutfi, Merubah Kegagalan Jadi Kejayaan dan Sofea Jasmeen Johari yang membawa tajuk Mahasiswa Agen Transformasi.Barisan peserta Speaker’s Corner (dari kanan) Muhammad Mohd Shah, Nur Ezzaty Mohd Ibrahim, Nor Fadlina Mohd Lutfi, Khairina Abdul Malik, Siti Norsyafiqah Jalaluddin dan Sofea Jasmeen Johari.
“Alhamdulillah, hasil sambutan Speaker’s Corner siri pertama kami mendapat banyak maklum balas positif dari pelajar yang berminat untuk menyertai program ini. Insya ALLAH kami akan panjangkan program ini ke siri-siri berikutnya.