Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Puncak Alam telah menjalankan Kempen Jom Pinjam Buku, 1 Staf 1 Buku Sebulan.
Program Pengiatan Budaya Membaca UiTM melalui Read@UiTM telah digerakkan di seluruh perpustakaan UiTM melalui 7 strategi dan 13 aktiviti. Ia merupakan usaha bagi menyemarakkan kempen penggiatan budaya membaca di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diterajui oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kaedah Pinjaman :
i. Menggunakan Perkhidmatan Kaunter di PTAR
ii. Menggunakan Self Check Machine di PTAR
iii. Menggunakan Perkhidmatan Book Delivery Services (BDS)
Hadiah menarik ditawarkan kepada peminjam buku terbanyak kategori :
i. Staf Akademik
ii. Staf Pentadbiran