CAREER ODYSSEY MELAKA FEST @ MYFUTUREJOBS 2024

Tahun baru, azam baru, semangat baru!Kerja mana lagi? Kerja kat Melaka lerrr..Jom ramai-ramai cari kerja di CAREER ODYSSEY MELAKA FEST @ MYFUTUREJOBS 2024 yang akan berlangsung pada:-

: 📅 Tarikh: 13 & 14 2023 (Sabtu & Ahad)🕘

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang📌

Tempat: UiTM Cawangan Melaka , Kampus Bandaraya Melaka

Pelajar yang masih mencari syarikat bagi latihan industri pun boleh datang juga tau! Jangan lupa daftar dulu : http://bit.ly/comfestmyfuturejobsPrint resume, berpakaian kemas dan bersedia untuk ditemu duga! Jumpa anda dekat UiTM Bandaraya Melaka, okay?!Info penuh, jom rujuk di:Facebook: https://www.facebook.com/e23melaka Telegram: https://bit.ly/ProgramKerjayaAnjuranPerkesoMelaka TikTok: https://www.tiktok.com/@melakacareercrew

Objektif program:-

  1. Memberikan pendedahan dan informasi kerjaya yang lebih jelas, relevan dan jitu kepada mahasiswa mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud dalam industri setelah mereka bergelar graduan UiTM dan hala tuju selepas menamatkan pengajian.
  2. Memberikan pendedahan dan informasi kerjaya yang lebih jelas, relevan dan jitu kepada mahasiswa mengenai peluang dan ruang kerjaya yang wujud dalam industri setelah mereka bergelar graduan UiTM dan hala tuju selepas menamatkan pengajian.
  3. Membuka minda dan mentaliti bakal graduan supaya mengetahui acuan dan tanda aras bagi memenuhi kehendak dan keperluan industri dan pasaran kerja serta bakal graduan dapat mengetahui mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat profesional.
  4. Membuka peluang kepada bakal graduan menjalani temuduga terbuka, mengisi kekosongan jawatan oleh agensi/syarikat di samping graduan merasai pengalaman menjalani temuduga serta menambahbaik persediaan kendiri menghadapi detik temuduga seperti etika pemakaian dan nilai personaliti diri.
  5. Memantapkan persediaan awal mahasiwa dan mahasiswi untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

Penganjuran program ini telah mendapat sambutan dengan jumlah kehadiran pelawat yang berdaftar seramai 939 . Kumpulan sasaran untuk program ini adalah terdiri daripada mahasiswa/i serta staf UiTM Cawangan Melaka, Universiti awam/swasta, usahawan/vendor luar, syarikat berdaftar, pelajar sekolah menengah dan pra universiti. Program ini dilaksanakan selama dua hari dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ngwe Hee Sem Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan Negeri Melaka. Ini adalah program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka dan Perkeso. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pameran kerjaya (pengenalan agensi/syarikat) dan sesi temuduga (walk in interview), slot perkongsian (image& ethincs), slot perkongsian (perancangan), ‘career talk’ dan klinik penulisan resume yang berkesan. Ada 15 syarikat yang manjalankan sesi ‘walk in interview’ seperti Hatten Asset Management Sdn. Bhd, Sudong Sdn Bhd, A Famosa Resort Hotel Sdn Bhd., Syarikat Koperasi KPMM berhad, Budi Panorama Sdn Bhd dan banyak lagi.

Program ini telah dijayakan oleh pihak PTAR sebagai tuan rumah, barisan MPP UiTM Kampus Bandaraya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KBM dan Perkeso Negeri Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *