BENGKEL SPEED READING BERSAMA STAF PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS ALOR GAJAH

10 Oktober 2023, Selasa- Pasukan Speed Reading Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Speed Reading bersama staf PTAR UiTM Kampus Alor Gajah di ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Bengkel ini disertai seramai 20 orang staf dan 5 orang Pelajar Latihan Industri.

Bengkel ini dimulai dengan bacaan doa dan ucapan aluan dari Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Maznah binti Maarof, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Kampus Alor Gajah dan dibantu oleh fasilitator Encik Muhammad Shafiq bin Snin, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Kampus Jasin. Sesi yang dijalankan ini merupakan Pakej B Bacaan Pantas yang berlangsung selama setengah hari bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.

Objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan berkongsi berkaitan :

1. Mengira kadar bacaan dalam bentuk per minit sebelum dan selepas pembelajaran

2. Mengenalpasti punca dan faktor yang melambatkan bacaan

3. Mengenalpasti punca dan faktor yang dapat memepercepatkan bacaan

4. Mengetahui dan menggunakan teknik bacaan pantas ketika membaca

Sepanjang bengkel ini dijalankan, peserta sangat fokus dalam menyertai taklimat dan latihan-latihan yang diberikan. Slot aktiviti Brain Gym merancakkan lagi suasana apabila masing-masing berusaha untuk menyinkronkan cara kerja otak kanan dan otak kiri agar seimbang mengikut video yang telah dikongsikan.

All reactions:1010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *