Sepanjang bulan April 2019 Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Mini Carnival READ@UNI 2019. Pelbagai pengisian program yang dirangka bagi menjayakan Mini Karnival ini. Sebanyak 11 Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan April ini bagi menyemarakkan Program READ@UNI, antaranya adalah Bedah Buku oleh Penulis terkenal, Ulasan Buku oleh para pelajar, Seminar Percuma penggunaan EndNote dan Formatting thesis dan banyak lagi. Mini Karnival READ@UNI 2019 ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UiTM tentang kepentingan membaca bukan sahaja bagi menyiapkan tugasan (assignment) mereka, namun sebagai penambahan ilmu pengetahuan kepada mereka. Jumlah penyertaan : 1,200 orang |