Program khas ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan membaca bukan sahaja bagi menyiapkan tugasan (assignment) mereka, namun sebagai penambahan ilmu pengetahuan kepada mereka. Program ini merupakan salah satu rangka aktiviti program READ@UNI Perpustakaan sepanjang tahun 2019. Seramai 30 pelajar telah menyertai program yang dikendalikan oleh En Mohd Ismail bin Abidin, Pustakawan Kanan. |