Program PSB Mobile Library@DS2

20 September 2023 (Rabu) – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah telah berjaya menjalankan program Mobile Library di Dewan Sarjana 2, UiTM Cawangan Kedah sempena Program Sokongan Psikososial Dibawah Inisiatif PEMULIH: Biblioterapi anjuran bersama diantara Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA), LPPKN dan Perpustakaan Sultan Badlishah. Program yang telah diadakan selama 4 jam yang bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang ini adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dikalangan warga kampus dengan membuat pinjaman bahan bacaan yang dibawa dari perpustakaan di samping memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan.

Pihak perpustakaan telah menerima sambutan yang begitu memberangsangkan dari kalangan peserta yang terlibat dengan menyertai aktiviti yang disediakan serta membuat pinjaman buku. Antara perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung ialah perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan, dan konsultasi perkhidmatan perpustakaan digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *