Dalam usaha membudayakan terapi membaca ini, PTAR dengan kerjasama Pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat telah mewujudkan satu sudut khas yang menempatkan bahan-bahan yang berpotensi dijadikan penawar kepada jiwa dan minda pembaca. Untuk peringkat awal, bahan dipilih dari koleksi sedia ada seterusnya dibahagikan mengikut topik-topik seperti Kehidupan, Keluarga, Pengurusan Masa, Kepimpinan, Remaja dan Pengurusan Masa yang bertujuan memudahkan pengguna memilih bahan berdasarkan isu yang dihadapi mereka. |
Jumlah penyertaan : 100 orang