Pertandingan Ejaan Kalimah Arab & Jawi @ PTAR Kampus Seremban

Pada Rabu, 17 Mei 2023, telah diadakan program Read@UiTM, iaitu Pertandingan Ejaan Kalimah Arab & Jawi yang berlangsung dari jam 2.15 petang hingga 4.15 petang bertempat di ruang Bacaan & Rujukan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban. 

Program yang merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Nadi Bahasa Arab, UiTM Kampus Seremban dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Seremban. Seramai tiga puluh orang pelajar telah terlibat dan menyertai pertandingan tersebut.

Pelaksanaan pertandingan ini adalah bagi memupuk amalan membaca di kalangan pelajar selain bertujuan untuk mengasah kemahiran para pelajar dalam mengeja kalimah Arab & jawi. Program ini juga bagi menyahut seruan Kempen Galakan Membaca di kalangan warga UiTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *