Program PSS Makeover merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis (PTA) di bawah program Skill-up the languages: Read2Lead sempena Minggu Bahasa SMK Pangkal Meleret. Aktiviti ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 26 hingga 28 September 2022 bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) Luqman Al-Hakim SMK Pangkal Meleret.
Aktiviti ‘makeover’ dilakukan oleh beberapa orang staf PTA dan dibantu oleh empat orang pelajar latihan industri. Antara kerja-kerja ‘makeover’ yang dilakukan adalah penyusunan semula buku-buku di atas rak mengikut klasifikasi DDC, menyusun atur kerusi dan meja, mengemas ruangan yang berselerak serta menceriakan lagi ruang PSS dengan dekorasi.
Semoga dengan ‘makeover’ yang dilakukan ini dapat menarik minat murid untuk berkunjung ke pusat sumber dan membaca dalam keadaan yang selesa dan ceria.