MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN READ@UNI

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN READ@UNI


29 NOVEMBER 2018 / KHAMIS
2:00 PETANG – 5:30 PETANG
DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR (DATC) UiTM SHAH ALAM

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga Institusi serta mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.

Melalui Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.5/2018 pada 27 Jun 2018 telah memutuskan untuk menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020 bagi mewujudkan negara membaca pada tahun 2030.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk melaksanakan kempen Dekad Membaca Kebangsaan(DMK) 2021-2030 yang bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara berbudaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai bangsa berilmu bertaraf dunia.

Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Jawatankuasa Ketua Pustakawan Universiti Awam telah mengambil inisiatif dan menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca di kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.

Slogan “With Knowledge We Lead” diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan di kalangan kumpulan sasaran. Sehubungan itu, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta haruslah mengambil tindakan dan inisiatif untuk menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu, seterusnya dapat merealisasikan agenda kerajaan untuk melahirkan masyarakat membaca menjelang tahun 2030. Kajian yang dilaksanakan pada tahun 2005 iaitu mengenai membaca menunjukkan jumlah bahan yang dibaca adalah sebanyak 10,310 buku oleh rakyat Malaysia.

Berdasarkan laporan tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam laporan yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju. (Senu Abdul Rahman, 2002)

Terdapat 5,150 orang penulis termasuk semua genre (akademik, kreatif & bukan kreatif, kartunis dan kewartawanan) tetapi Malaysia masih lagi tidak dapat mensasarkan penerbitan 7,000 buah buku setahun. (GAPENA, 2009)

Namun bagi kadar literasi penduduk Malaysia masih berada pada tahap 55 peratus dengan purata setiap rakyat hanya membaca 15 hingga 20 buku setahun. (Datuk Nafisah Ahmad, 2017)

Dengan adanya program Read@Uni ini ianya akan membantu meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan masyarakat negara Malaysia menjelang 2030.


Like & Follow Us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *