Library Customer Day (LCD) PTAR Alam Bina

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Alam Bina akan mengadakan program di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 November 2018
Waktu : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Perpustakaan Alam Bina Tun Abdul Razak

Program “Library Customer Day 2018” adalah merupakan salah satu Program Galakkan Membaca dibawah Program Read@Uni di mana ia merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai negara membaca tahun 2030.

Bagi menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dikalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi. Slogan “With Knowledge We Lead” diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dikalangan kumpulan sasaran.

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi program ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Like & Follow Us https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *