Library Customer Day (LCD) PTAR Kejuruteraan & PTAR Sains dan Teknologi

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Kejuruteraan dengan kerjasama Perpustakaan Sains dan Teknologi akan mengadakan program di atas mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 November 2018
Waktu : 9:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat : Perpustakaan Kejuruteraan & Perpustakaan Sains dan Teknologi

Program “Library Customer Day 2018” adalah merupakan salah satu Program Galakkan Membaca dibawah Program Read@Uni di mana ia merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai negara membaca tahun 2030.

Bagi menyokong aspirasi ini, maka Program Read@Uni akan dilaksanakan melalui perpustakaan di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta. Objektif ini adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dikalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi. Slogan “With Knowledge We Lead” diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dikalangan kumpulan sasaran.

Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi program ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Like & Follow Us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *