Program Read, Knowledge & Share: Book Review Siri 7

Pada Selasa, 11 April 2023 telah diadakan Program Read, Knowledge & Share: Book Review Siri 7 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau secara dalam talian menerusi aplikasi Cisco Webex. Penyertaan program ini melibatkan warga akademik dan bukan akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan dimana setiap tahun beberapa orang panel akan dijemput untuk memberi ulasan serta perkongsian menerusi buku pilihan masing-masing. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga UiTM seterusnya mendukung kepada inisiatif serta visi dan misi di bawah program Read@UiTM.

Memasuki siri yang ke tujuh, program Read, Knowledge & Share sekali lagi telah menjemput tiga (3) orang panel terdiri daripada warga kakitangan akademik dan bukan akademik, antaranya Encik Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek, Pengawai Eksekutif (Imam) yang mengulas buku berjudul ‘Perkahwinan Kanak-Kanak’ ; Encik Muhammad Azhari Ahmad Zin, Penolong Akauntan yang mengulas buku berjudul ‘Zero Hutang’ serta Encik Aiman Mudzafar Mohammad Khairi, Pensyarah Pengajian Sains Maklumat, Pusat Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Media, UiTM Kampus Rembau yang mengulas buku berjudul ‘Communication’. Selain itu, moderator program juga turut berkongsi ulasan buku pilihannya kepada para penonton yang berjudul “50 Simple Things You Can Do to Raise a Child Who Loves to Read”.

Program yang berlangsung selama satu 1 jam 30 minit ini telah banyak memberikan ilmu pengetahuan yang baru serta perspektif baru terhadap buku-buku, yang menarik minat penonton untuk membaca judul-judul yang diketengahkan.

Program ini boleh ditonton semula menerusi saluran rasmi YouTube PTAR Kampus Rembau: https://www.youtube.com/channel/UCRNmoOkvDMHoWBqPuH-Ys3g

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *