Program Mobile Library : PTAR Bersama Pelajar MDS Sesi Mac 2023

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus puncak Alam telah mengadakan Program Mobile Library : PTAR Bersama Pelajar MDS Sesi Mac 2023 di Dewan Berlian Kampus Puncak Alam pada 14 – 15 Mac 2023 bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Seramai 459 orang pelajar baru telah hadir ke booth PTAR bagi memeriahkan program.

Antara objektif program ini adalah :

i. Mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan PTAR kepada pelajar
ii. Mempromosikan Perkhidmatan Digital PTAR kepada pelajar UiTM Cawangan Selangor
iii. Mempromosikan Mobile Apps PTAR

PTAR turut menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelajar yang mengunjungi booth bagi menggalakkan ramai pelajar menggunakan Applikasi Mobile Apps.

Sepanjang program, phak PTAR menerima maklumbalas yang positif daripada para peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *