PROGRAM LIVE@PTAR UCS : ADOBE PREMIERE PRO – FIRST STEP IN VIDEO EDITING

Program Live@PTAR “ First Step In Video Editing : Adobe Premiere Pro” telah berlangsung pada 18 Julai 2022 melalui platform Facebook Rasmi PTAR KPA dan Youtube Perpustakaan UiTM. Program telah berlangsung selama 1 jam bermula jam 10.00 hingga jam 11.00 pagi.

Panel :

  1. En Annas Hamirzul Iszal Madzar (Pembantu Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)  Kampus Puncak Alam UiTM Cawangan Selangor)

Moderator :

  1. Emiliza binti Lias (Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam UiTM Cawangan Selangor)

Jumlah penonton di Facebook Rasmi PTAR KPA adalah seramai 157 penonton dan melalui Youtube Rasmi Perpustakaan UiTM adalah seramai 1,648 penonton.

Objektif

  1. Memberi pendedahan asas dan pemahaman kepada warga UiTM mengenai cara kerja Perisian Adobe Premiere Pro bagi penghasilan video digital.
  2. Peserta program dapat mengetahui dan mengunakan alatan-alatan asas perisian Adobe Premiere Pro dan dapat melaksanakan asas kerja-kerja penyuntingan video digital.
  3. Meningkatkan kemahiran ICT khususnya mengenai video editing dikalangan warga UiTM.
  4. Menyediakan medium teknologi kepada staf dan pelajar universiti dalam melahirkan pelajar yang celik IT disamping melahirkan masyarakat yang membangun dalam bidang teknologi.

Impak program

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Adobe Premiere Pro disamping meningkatkan kecekapan dan memudahkan tugasan harian.
  2. Membantu meningkatkan kemahiran peserta dalam dunia teknologi dan keberkesanan dalam pekerjaan.
  3. Membantu meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan video yang bermutu tinggi
  4. Dapat dijadikan sebagai bahan pembelajaran kepada pelajar, pensyarah dan individu yang berminat dalam menggunakan perisian ini sekaligus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
  5. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi kreatif dan inovasi dalam dunia teknologi

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif program melalui maklumbalas daripada senarai kehadiran yang disertakan. Diharap program ini dapat meningkatkan lagi kemahiran penggunaan perisian Adobe Premiere Pro kalangan warga PTAR UCS dalam urusan seharian seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *