PROGRAM ONLINE WEBINAR MICROSOFT EXCEL SKILLS: TIPS FOR BEGINNERS

Online Webinar ini telah diadakan pada 1 Julai 2022

Panel :

Dr.Zahril Shahida Binti Ahmad (Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Rembau)

Moderator :

Nur Elisya Binti Ismikhairul (Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Selangor)

Peserta

Jumlah peserta adalah seramai 354 orang melalui Platform Webex.

Objektif

i. Memberi pendedahan kepada warga UiTM tentang kepentingan dan penggunaan Microsoft Excel dalam urusan seharian.
ii. Menyediakan medium teknologi kepada staf dan pelajar universiti dalam melahirkan pelajar yang celik dalam bidang IT.
iii. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk menyumbang kepada kemajuan dalam sistem pendidikan dan sosio ekonomi negara.
iv. Meningkatkan pengetahuan lepasan pelajar baharu ataupun seseorang yang ingin meningkatkan kemahirannya dalam dunia teknologi.

Impak program

i. Pengetahuan dari perisian Microsoft Excel membolehkan peserta meningkatkan kecekapan dan juga memudahkan tugas harian.
ii. Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam dunia teknologi dan keberkesanan dalam pekerjaan.
iii. Meningkatkan penggunaan Pangkalan Data Microsoft Excel bagi menyokong program pembelajaran dan pengajaran warga kampus.
iv. Melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan membudayakan program ilmiah berteraskan pembudayaan ilmu pengetahuan.

Link Rakaman

https://puncakalam.library.uitm.edu.my/events/msexcel-tips-beginner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *