Deskripsi:
Pelaksanaan undang-undang Islam bukanlah satu perkara yang mudah walaupun telah diamalkan di negara Malaysia setelah sekian lama. Kedatangan penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu sedikit sebanyak mengugat kedudukan undang -undang Islam. Program ini membicarakan tentang memperkukuhkan kredabiliti Mahkamah Syariah mengikut tanda aras global. Isu-isu berkaitan dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang berkait dengan pengukuhan kredibilti, bidang kuasa, dan konflik yang melibatkan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Program ini juga membicarakan juga tentang kes-kes seperti kes Iki Putra Mubarak yang melakukan kesalahan meliwat, Kes Rosliza berkenaan status agama anak dan kes penggunaan kalimah Allah.
Sukacita dijemput YBhg. Profesor/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan ke Bicara khas bersama panel dan moderator yang hebat pada :
Panel:
Profesor Madya Dr Mohamed Azam bin Mohd Adil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia
Moderator:Puan Siti Salwa A.Rahman
Pustakawan KananUiTM Shah Alam
Tarikh: 5 Mei 2021
Masa: 11.00 pagi – 12.00 Tengah hari
Sehubungan itu, semua warga dijemput untuk menyaksikan siaran langsung yang dijalankan secara atas talian.
Pautan Siaran Langsung
YouTube Perpustakaan UiTM : https://www.youtube.com/watch?v=k8I4Hj1JRbI
Facebook Perpustakaan : https://www.facebook.com/live/producer/schedule/647324103329585
Tekan butang set reminder di pautan di atas untuk menonton. Jam Latihan turut disediakan.
Kerjasama dan perhatian daripada semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe