Live@PTAR Siri 13 “Bagaimana Covid-19 memberi kesan kepada Malaysia – apa yang berlaku seterusnya”

Live@PTAR Siri 13 “Bagaimana Covid-19 memberi kesan kepada Malaysia – apa yang berlaku seterusnya”

Deskripsi: Segmen ini membicarakan tentang bagaimana Covid-19 memberi kesan kepada Malaysia terutamanya dari segi ekonomi. Langkah-langkah kerajaan yang diambil semasa PKP 1.0 pada tahun lalu seperti monetarium pinjaman selama enam bulan pada bulan April hingga September yang diberikan suatu bentuk penangguhan hutang. Langkah itu kemudian dimansuhkan dan digantikan dengan monetarium bersasar. Kemudian, wang atau dana KWSP digunakan seperti pemotongan caruman KWSP, pengeluaran i-Lestari, dan pengeluaran i-Sinar. Literasi kewangan perlu diterapkan kepada masyarakat di negara ini seperti menyediakan persiapan kewangan kecemasan jika terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara di atas segala hormatnya dirujuk.

Sukacita dijemput YBhg. Profesor/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan ke Bicara Bersama industri – Bank Islam Malaysia Berhad bertajuk Bagaimana Covid-19 memberi kesan kepada Malaysia – apa yang berlaku seterusnya bersama panel dan moderator yang hebat pada :

Tarikh : 29 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 3:00 petang – 4:00 petang

Anjuran : PTAR UiTM Shah Alam

Panel Jemputan:
Dr Afzanizam bin Abdul Rashid
Ketua Pakar Ekonomi
Bank Islam Malaysia Berhad

Moderator:
Puan Siti Salwa A.Rahman
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
UiTM Shah Alam

Sehubungan itu, semua warga dijemput untuk menyaksikan siaran langsung yang dijalankan secara atas talian.

Pautan Siaran Langsung
Link Youtube Perpustakaan UiTM Channel : https://www.youtube.com/watch?v=KUNA2eM8BAE
Link Facebook : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159618064117625/

Tekan butang set reminder di pautan di atas untuk menonton. Jam Latihan turut disediakan.

Sila imbas *QR Code* di poster program untuk sertai Cabutan Istimewa Bank Islam Malaysia Berhad.

Kerjasama dan perhatian daripada semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*nota: Jangan Lupa tekan Butang Like, Share, Friend dan Subscribe 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *