Live@PTAR International

27 Ogos 2020 Shah Alam

Live@PTAR International: Peranan Pustakawan dalam memberi perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada pengguna: perkongsian antara PTAR dan Perpustakaan Akademik di Indonesia.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan sebuah program bual bicara secara langsung bertajuk “Peranan Pustakawan dalam memberi perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada pengguna : Perkongsian antara PTAR dan Perpustakaan Akademik di Indonesia”.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Rohayu, Pustakawan Kanan UiTM selaku moderator dan panel jemputan, Drs. Suroto, M.A., Ph.D. Ketua Perpustakaan, UPT. Perpustakaan Universitas Negeri Surabaya (Unesa), Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan, Universiti Teknologi MARA dan Puan Maria Ayu Puspita, Staf Perpustakaan Universitas Negeri Semarang, Indonesia.

Antara perkara yang dikongsi adalah bentuk perkhidmatan sokongan penyelidikan yang ditawarkan di perpustakaan, begitu juga perbezaan penawaran perkhidmatan dalam norma baharu. Selain itu, maklum balas dan cadangan daripada pengguna juga turut diketengahkan dalam sesi perkongsian ilmu ini.

Untuk melihat semula program, boleh layari:
https://www.facebook.com/libraryuitm/videos/341146360388000/
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=iFT6QiWOEjQ

Like and follow us:
https://twitter.com/uitmlibrary
https://www.instagram.com/libraryuitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/
https://www.facebook.com/libraryuitm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *