Program : Program Read@Uni : Cabaran PKP
Tarikh : 12 – 30 April 2020
Platform : Online
Bagi memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, PTAR UiTM Cawangan Melaka mengambil inisiatif mengadakan program Read@Uni : Cabaran PKP dengan tanda pagar rasmi #ptarpkpchallenges #ptaruitmpkp #ptaruitmmelakapkp. Objektif utama adalah bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan digital serta menyokong Online Distance learning kepada pengguna. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Cabaran Resensi Buku, Di Sebalik PKP dan Digital@ PTAR.