Program : Jom Baca Bersama untuk 10 Minit
Tarikh : 23 April 2020
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit telah dijalankan serentak seluruh negara pada 23 April 2020, jam 11.00 pagi. Ianya diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca. Memandangkan Malaysia masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PTAR mengambil inisiatif melaksanakannya secara langsung menggunakan platform Google Meet. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat secara amnya dan khususnya dalam kalangan keluarga PTAR sendiri dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan. Sebagai solidariti bersama, semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dijemput untuk menyertai aktiviti membaca ini seterusnya mengambil gambar dan menghantar gambar tersebut kepada pihak PTAR.