Program : Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2019
Tarikh : 23 April 2019
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak Aras 1 dan 12, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah menyokong Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Justeru, pada pukul 11 pagi hari Selasa, 23 April 2019 bersamaan 17 Sya’ban 1440H, semua individu, pejabat dan komuniti adalah di pohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 MINIT. Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 MINIT. Sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Read more : https://www.facebook.com/pusatsumberuitm.kbm/media_set?set=a.2061142787317235&type=3
https://www.facebook.com/pusatsumberuitm.kbm/media_set?set=a.2061155670649280&type=3