Aktiviti pertandingan ini mengajak pelajar untuk menulis apa isi kandungan atau sinopsis terhadap buku-buku yang mereka telah pinjam dengan mengisi borang yang pihak PTAR sediakan. Mereka perlu mengisi dengan ringkas dan padat berkenaan dengan buku tersebut seterusnya memberi markah terhadap buku yang telah dipinjam.
Buku-buku yang dipinjam oleh pelajar adalah buku-buku yang masih belum pernah dipinjam oleh mana-mana pengguna sebelum ini.
Sebanyak 50 borang penyertaan telah diterima untuk dibuat penjurian untuk memilih tiga yang terbaik hasil dari kreativiti mereka menulis.