3- 6 November 2019 : Library Festival (Library Fest) merupakan merupakan aktiviti yang akan dianjurkan oleh warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat dan penuh keilmuan. Program ini merupakan salah satu dari inisiatif dan pendekatan kepada penerapan budaya membaca sepanjang hayat selain memberi banyak manfaat kepada warga kerja perpustakaan itu sendiri dan warga UiTM Cawangan Johor secara keseluruhannya. Library Fest ini juga diteruskan sebagai tanda sokongan Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.
Bertemakan “With Knowledge We Lead” pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan iaitu :
- My First Book in UiTM Johor (28 Julai 2019)
- Pameran Kemerdekaan (Ogos – 16 September 2019)
- Anugerah PTDI
- Pertandingan Reading Corner
- Pertandingan Deklamasi Sajak
- Pertandingan Menulis Khat
- Pertandingan How Do I Look
- Pertandingan Menulis Esei
- Pertandingan Speed Knowledge
- Pertandingan My First Book in UiTM Johor (28 Julai 2019)
- Pertandingan Beyblade Burst Challenge
- Bersama Penulis Azzah Abdul Rahman (Perempuan Backpacker) & Penulis Termuda Adik Danial Jazmi
- Pameran Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia (Ogos – 16 September 2019)
- Jom Wakaf Buku
- Bengkel Rebrand Yourself Beyond Your Own Transcript
- Bengkel Pengenalan Menulis Khat dan Gerai Jualan.
Library Festival 2019, dimeriahkan dengan Majis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin bin Bakar. Turut serta semasa majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Johor, pemenang-pemenang pertandingan, para pelajar dan staf UiTM Cawangan Johor.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan yang sentiasa menyokong PTDI dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah yang terbaik.