PTA MERDEKA BOOKWORM WALK

Tarikh : 29 Ogos 2019

Lokasi : Sekitar kawasan kampus UiTM Machang

Seramai 60 orang menyertai program PTA Merdeka Bookworm Walk ini yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 11.30 tengahari. Semua staf UiTM Machang daripada pelbagai unit atau bahagian terlibat dalam program ini dimana setiap unit hanya perlu menghantar wakil. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran di Perpustakaan Tengku Anis berhadapan kaunter utama. Semua peserta dikehendaki meminjam bahan di perpustakaan. Selepas itu, wakil daripada setiap kumpulan atau unit akan mencabut undi untuk mengetahui nombor buku yang mereka akan dapat bagi menjawab kuiz yang disediakan. Peserta program ini hendaklah membaca buku yang mereka dapat sambil mengelilingi kampus dan menjawab soalan yang akan diberikan pada setiap “checkpoint”. Terdapat tiga “checkpoint” dimana akan dijaga oleh beberapa orang staf PTA iaitu di kompleks sukan, dewan professional dan di bahagian fasiliti. Objektif bagi program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dikalangan warga kampus disamping menyokong program Read@Uni di Perpustakaan Tengku Anis.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah:

  1. Senamrobik

Peserta dan warga staf PTA akan sama-sama bersenam sebelum memulakan perjalanan mereka.

2. Bookworm walk

Peserta bersama-sama dengan warga staf PTA akan mengelilingi kawasan kampus bermula dan berakhir di Perpustakaan Tengku Anis. Peserta akan membawa buku yang mereka dapat dan membaca sambil berjalan. Mereka akan mendapat soalan di setiap “checkpoint” dan menjawab soalan tersebut. Peserta yang paling cepat menjawab soalan dengan betul adalah pemenang.

3. Book review

Aktiviti membuat ulasan buku ini hanya melibatkan wakil atau sukarelawan sahaja. Dua orang daripada peserta menawarkan diri untuk mebuat ulasan buku daripada buku yang mereka baca.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah saguhati kepada semua peserta, pemenang bagi aktiviti menjawab soalan dan penyampaian hadiah untuk “book review”. Sesi bergambar beramai-ramai juga diakhir program sebagai kenang kenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *