Tarikh : 18 Ogos 2019
Lokasi : Aras Atas, Ruang Bacaan PTA
Penceramah : Dr. Shahrizal Mahpol
Seramai 30 orang staf PTA terlibat dalam program ini dimana mereka akan sama-sama bersolat hajat dan membaca yasin. Program ini dimulai dengan sesi bedah kitab ilmu tajwid yang disampaikan oleh Dr. Shahrizal Mahpol. Kemudian diikuti dengan solat hajat serta bacaan yasin. Program ini bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
Objektif program ini adalah bagi mempertingkatkan ilmu tentang ilmu tajwid. Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah atas kesudiannya bagi menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu.