Program : Pameran Raja Kita
Tarikh : 11 Februari 2019 sehingga 25 Februari 2019.
Lokasi : PTAR, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau
Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-71, PTAR Kampus Rembau dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan “Pameran Raja Kita”.
Pameran ini meliputi pelbagai aspek tinggi nilai sejarah dan warisannya yang merupakan satu usaha murni pihak Muzium untuk mengumpul, memulihara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan institusi Diraja Negeri Sembilan sejak zaman pemerintahan Raja Melewar dari Pagar Ruyong Sumatera.
Pameran ini antara lain bertujuan memperkenalkan Tuanku Muhriz kepada masyarakat dan memperkenalkan sistem beraja yang diamalkan di Negeri Sembilan dari zaman Raja Melewar hingga kini, seterusnya memberi kefahaman mengenai salasilah pemerintahan Negeri Sembilan kepada umum.