Telah berlangsung Bengkel Pengenalan Speed Reading di Bilik Seminar Perpustakaan Tun Dr. Ismail Kampus Pasir Gudang pada 21 – 22 Ogos 2019. Bengkel ini melibatkan staf PTDI Kampus Segamat & Kampus Pasir Gudang. Antara objektif bengkel adalah :
- Pengguna dapat mengaplikasi dan menggunakan teknik bacaan pantas yang diajar.
- Peserta boleh menerangkan serta menghuraikan definisi dan konsep bacaan pantas.
- Peserta mampu meningkatkan tahap pembacaan sebelum pengajian
- Peserta boleh mengenalpasti perkara-perkara yang melambatkan pembacaan.
- Peserta boleh mengira kepantasan bacaan masing-masing dan pengkelasan bacaan.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada staf Perpustakaan Tun Dr. Ismail Kampus Pasir Gudang dan Kampus Segamat dalam menguasai ilmu pengetahuan untuk memakmurkan muka bumi ini sebagai khalifah. Selain itu, dengan adanya bengkel seperti ini, peserta dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperolehi dan seterusnya boleh mengajar rakan mereka dalam mengaplikasikan bacaan pantas ini.
Turut diadakan adalah lawatan penanda aras di PTDI Kampus Pasir Gudang. Semoga bengkel dan lawatan yang diadakan dapat memberi motivasi serta pemangkin dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan speed reading.