Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Program : Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
Tarikh : 22 April 2019
Tempat : PTAR Kampus Jasin

Objektif :-

Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 MINIT. Sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. 30 Minit sebelum Jom Baca Bersama 10 Minit , Pihak Perpustakaan telah membuat pengumuman akan aktiviti ini dan meminta semua Pengguna yang berada didalam Perpustakaan membaca bersama tepat jam 11:10 pagi. 5 Minit sebelum dan tepat Jam 11:10, Perpustakaan telah membuat pengumuman semula akan aktiviti ini. Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang berada didalam Perpustakaan menyambut baik program ini dan membaca bersama-sama tepat jam 11:10 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *