Pertandingan Pameran dan Poster 3R (Reduce, Reuse, Recycle)

3R

Pihak Kolej Kediaman C dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail menganjurkan program “Read@ResidenceC” yang mana merupakan satu program yang menggalakkan pencarian maklumat dan penggunaan bahan Perpustakaan dalam memberikan kesedaran kepada mahasiswa mengenai alam sekitar dan kediaman kondusif. Ianya dilaksanakan melalui Pameran dan Penerangan Poster 3R dalam melaksanakan aktiviti mesra alam, penjimatan elektrik serta menerapkan elemen kediaman kondusif. Para pelajar di kehendaki mempamerkan bahan bacaan seperti buku dan artikel jurnal di booth masing-masing serta membuat citation APA bagi sumber rujukan mereka. Pertandingan Pameran dan Poster 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dilaksanakan pada 24 Mac 2019 (Ahad) bertempat di Dewan Sri Temenggong manakala Peserta yang terlibat dalam sesi pameran dan pembentangan poster adalah seramai 280 orang iaitu wakil daripada 56 wing. Selain daripada itu, pameran dan perlancaran program Read@ResidenceC telah dihadiri oleh semua mahasiswi Kolej Kediaman C dari Blok Intan, Blok Zamrud, Blok Si Manja Kini dan Blok Sempana Alam Buana seramai 1,700 pelajar. Pihak perpustakaan berharap dengan adanya aktiviti sedemikian akan menjadi pencetus kepada warga kampus untuk menghayati budaya ilmu seterusnya mendokong hasrat Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang 2030.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1864291180338184&set=pcb.1864293840337918&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1864291003671535&set=pcb.1864293840337918&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1864291140338188&set=pcb.1864293840337918&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1864291073671528&set=pcb.1864293840337918&type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *