
Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) anata Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan di Ruang Legar, Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajudin, UiTM Shah Alam.

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) anata Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan di Ruang Legar, Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajudin, UiTM Shah Alam.

Seramai 85 kakitangan Perpustakaan Tun Abdul Razak di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam menyertai Program Jalan-Jalan Santai Jiwa Merdeka Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM di kampus universiti berkenaan di Shah Alam Selangor baru-baru ini.
Sumber: Kosmo

Bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, malah forum ilmiah anjuran pelajar semester satu Sarjana Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini membuka pentas kepada perbincangan pemikiran kritikal membabitkan isu-isu keselamatan semasa negara.
Membawa tajuk Melindungi Keselamatan Negara daripada Eksploitasi Kaum, Agama dan Institusi Diraja (3R), forum berkenaan mengulas cabaran strategik yang timbul daripada manipulasi elemen 3R serta bagaimana ia boleh menggugat perpaduan dan kestabilan negara jika tidak ditangani dengan bijaksana.
Menampilkan dua tokoh utama dalam arena keselamatan dan komunikasi negara iaitu Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Ts. Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen dan Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Deputi Komisioner Datuk Mohammad Shaharul Md Osman.
Forum itu diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dan dihadiri lebih 80 tetamu membabitkan pelajar pascasiswazah, wakil industri serta anggota PDRM. [Baca berita penuh DI SINI]

Sumber : Harian Metro


Ketua Pustakawan dan warga Perpustakaan menyambut delegasi Pustakawan dari Negara Asia Tenggara sempena program rasmi 19th Congress of Southeast Asian Librarians (CONSAL XIX) di UITM, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Related Reading

Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my