Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu ketika merasmikan Taman Asohan RIDA pada 4 Jun 1956 (Isnin).

Taman Asohan RIDA dibina di atas tanah lot nombor 149 Seksyen 69, Jalan Lornie, Kuala Lumpur (kini dikenali dengan Jalan Syed Putra) dengan keluasan 10,180 meter persegi dan dirasmikan tanggal 4 Jun 1956 (Isnin) oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Kelihatan di dalam gambar plak perasmian Taman Asohan RIDA yang asal sebelum naik taraf (kiri) dan tangga ikonik yang masih dikekalkan sehingga hari ini.
Plak perasmian Taman Asohan RIDA 
Plak perasmian Taman Asohan RIDA dialihkan berhampiran pintu utama semasa projek naik taraf pada tahun 2010.

Antara fungsi awal penubuhannya ialah untuk memberi latihan yang sesuai kepada kaum ibu untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan agar bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Taman Asohan RIDA telah diterajui oleh Puan Jamiah binti Mohamed (1956-1958) dan Puan Azizah binti Dato' Onn (1958-1963).

Sejak penubuhannya, ia telah beberapa kali bertukar nama iaitu Taman Asuhan Wanita (1963), Taman Latihan Wanita (1965), Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga (1975), Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur pada 1981 dan mulai 2010 dikenali sebagai Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur.

Gambar tangga asal dan bangunan Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur berusia 69 tahun semasa Lawatan Kerjasama Strategik ILKKL dengan Bahagian Arkib Universiti, UiTM pada 28 Julai 2025.

Barisan peneraju Taman Asohan RIDA dari awal penubuhannya sehingga kini :

Bil Nama Pengetua Tempat Bertugas Tempoh Perkhidmatan
1 Jamiah binti Mohamed Taman Asohan RIDA 1956–1958
2 Azizah binti Dato’ Onn Taman Asuhan RIDA 1958–1963
3 Hajjah Juariah binti Md Said Pusat Latihan Wanita dan Pembangunan Keluarga 1963–1978
4 Hajjah Habsah binti Dato’ Abd Rauf Pusat Latihan Wanita & Pembangunan Keluarga dan Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 1979–1984
5 Aishah binti Samsul Ariffin Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 1984–1985
6 Siti Jamiah binti Mohd Noor Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 1985–1989
7 Hajjah Siti Rokiah binti Haji Udin Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 1989–1998
8 Hajjah Zainab binti Ahmad Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 1999–2001
9 Siti Norliah binti Salim Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur 2001–2004
10 Harun bin Hashim Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur dan Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur 2004–2016
11 Sharifah Begum binti Arabjan Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur 2016–2025
12 Zamri bin Razak Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur 2025 hingga kini

 

Gambar lawatan Kerjasama Strategik ILKKL dengan Bahagian Arkib Universiti, UiTM pada 28 Julai 2025.

Dalam usaha menjejaki sejarah penubuhan dan perjuangan awal RIDA yang menjadi asas penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bahagian Arkib UiTM mengunjungi sekali gus mencipta jalinan strategik antara Arkib UiTM dengan Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur diketuai Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti pada 28 Julai 2025. Hasrat lawatan ini bukan sekadar menyusuri lembaran sejarah, tetapi turut membuka ruang kerjasama strategik dalam pembudayaan ilmu komuniti dan warisan institusi antara dua organisasi yang sarat dengan nilai perjuangan pendidikan rakyat. Bagi pihak UiTM, kami berbesar hati berpeluang melihat gambar-gambar bersejarah Taman Asohan RIDA di mana segala-galanya bermula di sini yang menjadi saksi kepada kelahiran institusi pendidikan ini.

 

Sumber : Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur : Menyelusuri Jalan Kenangan Sepanjang Zaman