Program
KEMPIMPINAN PERPUSTAKAAN
Program Kepimpinan Perpustakaan UiTM merupakan inisiatif strategik yang dirangka bagi memperkukuh keupayaan kepimpinan dan kecemerlangan pengurusan dalam kalangan warga Perpustakaan UiTM. Melalui 11 Siri Bicara Kepimpinan, program ini menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka untuk berkongsi perspektif, pengalaman dan amalan terbaik dalam kepimpinan, pengurusan organisasi serta transformasi institusi.
Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan wacana profesional yang menyokong pembudayaan kepimpinan berprestasi tinggi, pemikiran strategik dan tadbir urus yang berkesan, selaras dengan aspirasi Perpustakaan UiTM ke arah kecemerlangan organisasi yang mampan.







