Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berjalan dengan jayanya di Aras 1 dan Aras 2 Menara Pustaka dengan penyertaan seramai 111 orang pelajar. Program ini merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM). 

Program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara. Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh Negara pada hari ini iaitu 23 April 2018 iaitu jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *