Pada 6 Mac 2024 (Rabu), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah berjaya menganjurkan Program Musafir Ilmu: “Ride to Bukit Keluang” dengan kerjasama UiTMCK Bikers Club.

Program ini terbuka kepada semua warga staf UiTMCK dan mendapat penyertaan yang menggalakan hampir 70 orang. Musafir Ilmu: “Ride to Bukit Keluang” adalah aktiviti rekreasi staf dalam mewujudkan budaya kerja yang seimbang dari segi pembinaan sahsiah, keyakinan diri dan semangat berpasukan. Program ini adalah aktiviti rekreasi bermotor dari kampus UiTMCK ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Pengisian sesi tazkirah juga diselitkan selepas aktiviti mendaki Bukit Keluang.

Objektif program ini adalah:

  1. Menerapkan nilai-nilai ESI dan iDART di kalangan warga UiTMCK
  2. Platform menggalakkan aktiviti rekreasi dan acara berpasukan
  3. Menggalakkan warga staf menghadiri majlis ilmu dan tazkirah

Sesi pendaftaran, taklimat, bacaan doa dan pelepasan konvoi peserta bermotor dilakukan bertempat di ruang parkir PTA.

Antara pengisian program ini adalah aktiviti mendaki Bukit Keluang dan santapan rohani seperti sesi tazkirah yang berjudul “Hidup ltu Satu Perjalanan” daripada Dr. Murshidi Mustapha, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari (ACIS) turut diselitkan semasa berada di puncak bukit dan pada akhir program selepas aktiviti mendaki.

  • Aktiviti mendaki Bukit Keluang
  • Sesi tazkirah yang berjudul “Hidup ltu Satu Perjalanan”

Program diakhiri dengan ucapan penutup daripada wakil UiTMCK Bikers Club iaitu Encik Nik Mohd Faizal Ibrahim dan daripada Puan Alina Hussein, Timbalan Ketua Pustakawan PTA. Diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan sesi bergambar.

Semoga program sebegini dapat mengeratkan ukhuwah sesama staf UiTMCK, motivasi untuk menjaga kesihatan dan menambah ilmu rohani melalui tazkirah yang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *