Pada 1 Februari 2024 (Khamis), PTA telah menerima kunjungan daripada SK Changgai seramai 32 orang bersama 7 orang guru pengiring sempena Lawatan Sambil Belajar Ke UiTM Cawangan Kelantan dibawah kendalian Unit Misi Akademik UiTM Cawangan Kelantan. Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas pengenalan kepada UiTM Cawangan Kelantan yang telah disampaikan oleh Puan Norhafizan Awang, Penyelaras Unit Misi Akademik di Bilik Seminar, PTA.

Lawatan diteruskan dengan taklimat pengenalan perpustakaan oleh Puan Nordelina Zulkarnain dan Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA bagi memberikan pendedahan akan perkhidmatan yang disediakan, kemudahan dan koleksi yang terdapat di PTA.

Para pelajar kemudian dibawa melawat ke sekitar perpustakaan yang dikendalikan oleh beberapa orang staf PTA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *